Monday, 19 December 2011

Contoh Kertas Kerja Kelab Komputer



SEKOLAH KEBANGSAAN MUDONG
95400 SARATOK, SARAWAK




                                                                                

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KUIZ
KELAB KOMPUTER
2010



TARIKH:
8 JULAI 2010

TEMPAT:
BILIK PEMULIHAN
SK MUDONG, SARATOK

ANJURAN:
KELAB KOMPUTER
SK MUDONG, SARATOK
____________________________________________________

MENGADAKAN PERTANDINGAN KUIZ KELAB KOMPUTER
SEKOLAH KEBANGSAAN MUDONG, SARATOK.

1.0     PENDAHULUAN

Pertandingan kuiz ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Komputer Sekolah Kebangsaan Mudong, Saratok. Penyertaan pertandingan ini  adalah terbuka kepada semua ahli Kelab Komputer dan pelajar Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Mudong, Saratok 2010. Ia akan diadakan di Bilik Pemulihan Sekolah Kebangsaan Mudong. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam era teknologi kelak.


2.0   MATLAMAT             

Matlamat pertandingan kuiz ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mahir dengan pengetahuan komputer. Ianya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar mengenai komputer. Pelbagai soalan kuiz disusun dalam pertandingan ini agar kemahiran dan kefahaman komputer dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.



3.0  OBJEKTIF

             3.1    Meningkatkan pengetahuan IT dalam kalangan pelajar dalam bentuk riadah dan rekreasi.
             3.2    Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
             3.3    Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
             3.4    Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
             3.5    Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.


4.0  TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1    Tarikh : 8 Julai 2010
4.2    Tempat : Bilik Pemulihan, SK Mudong, Saratok


5.0  TENTATIF PROGRAM
5.1          Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1


6.0  PERASMIAN

Cadangan perasmi adalah Guru Besar SK Mudong, Encik Zulkipli@Kipli bin Hj. Jawawi . Guru Besar SK Mudong akan diberi peluang memberi ucapan ringkas, merasmikan pertandingan ini serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.


7.0  KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1    Jumlah peserta : 18 orang pelajar Tahap 2 SK Mudong
                                       (senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)


8.0  JAWATANKUASA PENGURUSAN

Pengerusi                            : Encik Zulkipli@Kipli bin Hj. Jawawi (Guru Besar)
                                                 Encik Genal@Nikel ak Rijan (Penolong Kanan Kokurikulum)

Guru Penasihat                  : Puan Zurina binti Mat Abu


Jawatankuasa pelaksana

Pengerusi                            : Gabriel Silas ak Genal
Naib pengerusi                   : Andrew ak Kelinah
Setiausaha                          : Patricia Inya ak Dennis
Bendahari                            : Lawrence Lau Lee Leong

9.0      PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk pertandingan ini:

BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH (RM)
1
Alatulis
18 orang X RM 1.00
18.00 
2
Hadiah
3  X RM 6.00
18.00
3
Lain-lain : Hiasan
-
10.00

Jumlah
46.00
        
 Sumber Kewangan:
1.            Peruntukan Ko-Kurikulum




10.0    PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti pertandingan kuiz ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.




Disediakan oleh,                                        Disahkan oleh,


…………………………………….               ..................................................
(Puan Zurina binti Mat Abu)                       (Encik Zulkipli@Kipli bin Hj. Jawawi)
Guru Penasihat,                                           Guru Besar,
Kelab Komputer,                                          SK Mudong, Sarawak
            SK Mudong, Sarawak                                                  
           
                       _______________________________________________________________


LAMPIRAN 2

SENARAI NAMA PESERTA PERTANDINGAN KUIZ
SK MUDONG 2010

                                                                                                         
BIL
NAMA PESERTA
KELAS
KUMPULAN
1.
Wilson Entika ak Munan
Tahun 6
1
2.
David Tiong ak Gaung
Tahun 5
1
3.
Alexander Michael ak Katang
Tahun 5
1
4.
Sylvester Jalang ak Laping
Tahun 6
2
5.
Patricia Inya ak Dennis
Tahun 5
2
6.
Lawrence Lau Lee Leong
Tahun 4
2
7.
Elizerbert Limis ak Lajang
Tahun 6
3
8.
Henry Sait ak Rantai
Tahun 5
3
9.
Edward ak Inggom
Tahun 4
3
10.
Korrennytha Sarawa ak Datu
Tahun 6
4
11.
Daniel ak Lagat
Tahun 5
4
12.
Felysia Nala ak Incham
Tahun 5
4
13.
Abby Racha ak Inau
Tahun 6
5
14.
Gloria Randu ak James
Tahun 5
5
15.
Beatrice Bata ak Allan
Tahun 5
5
16.
Norea ak Ranking
Tahun 6
6
17.
Madelina Pagang ak Ambrose
Tahun 6
6
18.
Simon Suli ak Bau
Tahun 5
6








LAMPIRAN 1

TENTATIF  PERTANDINGAN KUIZ 
KELAB KOMPUTER 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN MUDONG

8 JULAI 2010



Aturcara Majlis


2.00 – 2.15 petang              :  Pendaftaran kumpulan

2.15 – 2.30 petang             :  Peserta mengambil tempat

2.45 – 4.45 petang             :  Pertandingan kuiz dijalankan

4.45 – 5.30 petang             : Majlis Perasmian Penutup
  Penyampaian Hadiah
  Refleksi pelajar

5.30 petang                          : Bersurai






















No comments:

Post a Comment